Friday 14 September 2012

RANGSANGAN PADA TUMBUHAN

Hye!!! jumpa lagi kita hari ini.................

Dah ready nak sambung belajar tentang tumbuhan...heeee...hari ni kita belajar pulak tentang ransangan...hmmm, pernah dengar perkataan rangsangan? Rangsangan tu apa ya? 

Rangsangan ialah sesuatu yang menggalakkan tindak balas...hmm..macam x berapa jelas lagi kan..ok, saya akan tolong terangkan untuk anda semua...

Tumbuhan akan mendapatkan keperluan asasnya melalui ransangan seperti cahaya matahari, air, sentuhan dan graviti. Semua tindak balas yang terhasil daripada ransangan ini akan membantu tumbuhan mendapatkan cahaya matahari dan air yang secukupnya serta melindungi dirinya sendiri...bagaimana ia terjadi?? Jom kita perhatikan disini.....

Tindakbalas tumbuhan pada  rangsangan cahaya matahari



Rangsangan cahaya matahari yang ada pada tingkap akan menyebabkan daun dan pucuk pokok akan bergerak ke arah luar tingkap bagi mendapatkan cahaya matahari. Cahaya matahari diperlukan oleh tumbuhan untuk membuat makanan.

Tindak balas tumbuhan terhadap rangsangan air dan graviti



Rangsangan air dan graviti akan menyebabkan bahagian akar bergerak ke bawah dan ke dalam tanah bagi mencari sumber air. 



PERKEMBANGAN TUMBUHAN

Antara benda hidup yang terdapat di dunia ini ialah..............................manusia, haiwan dan tumbuhan.
Kalau hari tu kita asyik belajar tentang haiwan, kali ini kita pusing sikit minda kita untuk belajar topik tumbuhan pulak...boleh kan semua?? Ok, bagus!! Siapa tahu macam mana perkembangan tumbuhan dari bji benih sampai pokok berbungan dan berbuah??? 

Jom kita tengok sama-sama apa yang saya nak tunjukkan ni.....mari2 klik..


KITAR HIDUP HAIWAN (2)

hye!!!!......sihat semuanya hari ini? 

ok...dlm entry yg hari tu kita belajar tentang kitar hidup haiwan kan...kali ni saya nk tunkjukkan satu video...
hmmm.....selalu kita asyik tengok dan belajar tentang kitar hidup rama-rama, katak , nyamuk dan sebagainya..kali ni saya akan tunjukkan satu kitar hidup haiwan yang lain...dah ready suma? ok...jom!!


Monday 10 September 2012

KITAR HIDUP HAIWAN

Haiwan akan menjalani proses kitaran hidup melalui bertelur dan beranak. Terdapat beberapa jenis haiwan yang menyerupai ibunya ketika masih kecil dan juga yang berlainan daripada ibunya ketika kecil.

Contoh anak haiwan yang mempunyai bentuk dan rupa yang sama dengan ibunya seperti kucing dan singa.

 

Ada juga haiwan yang berlainan daripada ibunya sejak dari mereka kecil...
Contohnya ialah.............................
Pada setiap peringkat, anak katak akan mempunyai ciri-ciri fizikal yang amat berlainan daripada ibunya iaitu katak dewasa.

Pernah tak anda lihat telur rama-rama? Pernah tengok tak macam mana telur rama-rama berubah menjadi rama-rama yang cantik???? Jom kita tengok gambar dekat sini... Cuba tengok macammana perubahan ciri fizikal terjadi pada rama-rama.
Kitar hidup rama-rama

 Jom kita nyanyi sama-sama lagu yang saya letakkan di bawah ini...Selamat berkaraoke!!


assalamualaikum dan salam pertemuan..................

selamat datang ke blog yang direkakan khas untuk anda sekalian

blog yang tidak seberapa ini dicipta bagi membantu anda untuk lebih mendalami

SAINS

pembelajaran sains yang dikatakan membosankan itu akan BERUBAH sedikit (diharapkan)
dengan pelbagai input berguna yang lebih menarik.

terima kasih kerana sudi membaca........